DiLea Open Tuition – SN_F2
16 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 15 Januari 2026, telah berlangsung DiLea Open Tuition – SN_F2. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:30 pm sehingga pukul 04:30 pm. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta belajar apa itu Biodiversiti iaitu kepelbagaian hidup yang terdapat di sesuatu kawasan atau seluruh dunia, termasuk kepelbagaian spesis tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma. Seterusnya, peserta belajar mengenai 6 kepentingan biodiversiti iaitu sumber makanan, keseimbangan alam, tempat rekreasi, perubatan, bahan mentah industri dan pendidikan. Selain itu, peserta belajar perbezaan diantara invertebrata dan vertebrata. Akhir sekali, peserta belajar apa itu Poikiloterma iaitu organisma yang mempunyai suhu badan yang berubah-ubah mengikut suhu persekitaran.
Dengan adanya kelas seperti ini, dapat menggalakkan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan serta membina hubungan baik diantara staf NADI, pelajar dan pihak DiLea.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: